Terma & Syarat

Terma dan Syarat

Terma dan syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa menginap di homestay kami.


1. Sebarang tempahan boleh dibuat melalui online dengan mengisi borang click sini. 
atau boleh juga mengisi borang secara offline apabila anda telah sampai di homestay kami.

2. Selepas membuat tempahan, sila buat bayaran mengikut harga invoice yang kami berikan kepada anda dan tempahan akan diproses selepas bayaran diterima.

3. Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap dalam sebuah rumah adalah 9 orang sahaja 

4. Sila patuhi waktu masuk (check in) dan waktu keluar (check out). Jika check-out lewat selepas pukul 5 petang, bayaran penuh akan dikenakan.

5. Penghuni bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah, pastikan pintu dan grill dikunci dan semua suis elektrik hendaklah ditutup.

6. Penghuni tidak dibenarkan dengan sengaja merosakkan atau mencuri barangan atau peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran gantirugi atau melapurkan kecurian kepada pihak berkuasa.

7. Penghuni tidak dibenarkan membawa keluar barangan yang terdapat didalam homestay tanpa kebenaran pihak pengurusan.

8. Penghuni juga tidak dibenarkan membawa arak, dadah, binatang peliharaan dan apa jua barangan larangan yang salah disisi undang-undang ke dalam homestay.

9. Peralatan dapur yang digunakan hendaklah dibersihkan selepas diguna. Jika tidak, caj RM30 akan dikenakan dan ditolak dari wang cagaran.

10. Kerja pembersihan homestay hanya akan dijalankan selepas penyewa check-out. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menjaga kebersihan sepanjang tempoh menginap.



SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

Faizal : 018 466 1335