Monday 12 October 2015

Laman Utama

Selamat datang ke blog Homestay de' Mengkuang



Homestay ini terletak di kampung Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam, daerah Seberang Perai Tengah.

Homestay ini sesuai dijadikan penginapan untuk keluarga yang ingin bercuti, menghadiri kenduri kendara atau menghantar anak ke IPT kerana lokasinya berdekatan dengan IKBN (5 minit), Maktab Perguruan Tunku Bainun (5 minit), Politeknik Seberang Perai (20 minit) dan UITM Permatang pauh (20 minit) 

Lokasi homestay ini juga berdekatan lebuhraya BKE (Butterworth Kulim Express) menjadikan homestay ini juga sesuai bagi penghuni yang ingin ke Kulim (20 minit)


Lebuhraya BKE

Homestay ini terdiri dari 2 unit rumah berkembar dengan 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu, ruang makan serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas lain setiap satu.


2 unit rumah berkembar

Selain suasana yang tenang, penghuni juga boleh menikmati buah-buahan secara percuma apabila musim buah kerana homestay ini terletak dalam dusun (jambu, durian, manggis, kelapa muda, dll)


Buah Jambu
Untuk tempahan / booking, sila hubungi / whatsapp
Faizal : 018 466 1335
Aini : 017 447 2358